Selasa, 25 November 2008

Apa yang Pertama Kali Tentang ...? (part 1)

  • Kelas: kelas pertama saya ialah 2 Amanah. Eh, bukannya saya 2 Usaha? Memang, tetapi saya masuk salah kelas pada awalnya. Sebab saya baru masuk ke SMKBTS, saya mesti ingat juga kelas adik saya, iaitu 1 Amanah. Semasa saya mengingat nama kelas, ada orang tanya, "Kau kelas apa?" Sebab terkejut itulah saya jawab 2 Amanah, dan saya dihantar ke kelas itu. Sempat juga belajar di kelas itu sampai masa rehat.
  • Guru Kelas: Pn. Juwariah mengajar Bahasa Melayu, saya amat berterima kasih kepada beliau kerana mengajar saya untuk berbahasa Melayu Malaysia dengan betul. Beliaulah guru kelas 2 Usaha. Saya tidak pasti mengapa saya diletakkan ke kelas tersebut, sebab guru kelasnya mengajar BM?
  • Kawan Lelaki: Yang ini, terbahagi kepada banyak cabang. Mula-mula, kawan saya di SMKBTS ialah Izzat Rahimi (2 Amanah). Itu sebab silap kelas je, rupanya terus jadi kawan pertama saya di SMKBTS.
  • Kawan Perempuan: Yang perempuan pula, Helza Syafinaz (2 Bestari), itu sebab keesokan harinya, saya dengan Izzat berborak-borak di kantin sebelum perhimpunan. Dia dengan kawan-kawannya sempat menangkap gaya bahasa saya bercakap dengan adik saya, lalu dia tanya "Awak dari Indonesia?" Hahaha, saya terkejut, jawab ya. dan kemudian kami menjadi kawan. Dia juga menjadi jambatan ke 2 Bestari.
  • Kawan Badan Khas Lelaki: Walau saya tidak mahu menulis, tetapi telah menjadi sejarah apabila saya mengenali watak Muhammad Syahir (2 Bestari). Saya mengenali dia semasa latihan PKBM. Kalau saya tahu perangai sebenar dia, dah lama saya baham seperti harimau putih.
  • Kawan Badan Khas Perempuan: Dia kawan kelas saya, Rusydiah (2 Usaha). Mula-mula saya kenal dia, nampak ada bakat yang kurang ada di dalam kelas itu. Dia memang pandai. Itu sebab saya mahu mengajar Matematik.
  • Kawan Di Luar SMKBTS: Amirul Syazwan dan Shahrir Izwan (2 Gigih), mereka kawan baik saya dari tuisyen. Sebelum saya masuk SMKBTS, saya sempat tuisyen di Permata (Allahyarham). Mereka yang menjadi narasumber ketika saya baru masuk ke SMKBTS. selain mereka, Saya ingat dengan Siti Azrah (2 Cekal). Tentang kelas mereka, saya tak pasti apa kelas mereka.
  • Kawan Non-Muslim: Pirovano (2 Usaha), walau saya tak berapa rapat semasa permulaan, tetapi seperti Rusydiah, saya nampak bakat kepandaian terhadap dirinya.
  • Penampilan Pertama: Saya diminta membacakan doa semasa perhimpunan. Siapa sangka, pelajar baru berani membaca doa tanpa teks? Itu menjadi titik tolak kepada saya untuk menjadi PRS
  • Kesalahan Disiplin: Saya berada di kelas semasa rehat. Menurut peraturan, tidak dibenarkan. Saya tidak tahu, maka saya dapat hukuman rotan. Saya rasa peraturan itu untuk sesi petang sahaja sebab kami lepas hukuman tersebut semasa sesi pagi, terutamanya tingkatan Lima.
  • Musuh: Saya tidak suka bermusuhan, tetapi seingat saya, musuh pertama ialah Huzairi (2 Usaha). Mengapa, sebab mulutnya yang celupar dan saya tidak dapat menerimanya.
  • Lawan: Perbezaan di antara musuh dan lawan terletak kepada hati kita menerima seseorang, dan lawan pertama saya ialah Lee Man Ken (2 Pintar). Selepas peperiksaan pertengahan tahun, kami berdua selalu bersaing siapa menjadi 'King Of Mathematics'. Hebat tak?
  • Kejutan: Siapa menyangka, seorang rakyat Malaysia yang baru sampai 3 bulan dari negara luar, mampu mendapat markah tinggi di dalam kelas untuk subjek Sejarah? Bukan hanya tertinggi di kelas, satu-satunya yang mendapat B. Bagi saya, inilah kejutan yang membuat saya terkejut, terima kasih kepada cikgu Ainah.
  • Rasa Terkilan: Saya mendapat nombor 1 di kelas, dengan Mathematics tertinggi di SMKBTS. Saya dijanjikan untuk dipinahkan ke 2 Bestari atas keupayaan saya, tetapi tidak dapat dengan alasan 2 Bestari ramai, 2 Pintar lagi ramai, 2 Cekal masalah disiplin, begitu juga dengan 2 Gigih dan 2 Amanah. Hanya 2 Usaha yang kurang masalah disiplin.
  • Cinta: Bukan bersifat melampau, tetapi cinta pertama saya ialah Nur Afiqah (2 Bestari). Saya memang menyukai dia, tetapi saya tahu yang saya ini pelajar baru, kelas di bawah kelasnya, lagi pun dia pengawas. Sampai sekarang saya tak dapat lupakan bahawa dia cinta pertama saya.
  • Perbuatan Gila: Sebab saya menyukai dia, sampai saya mencari tahu di mana rumahnya. Kemudian, saya mahu menjadi pengawas, tetapi tidak kesampaian. Bukankah cinta itu gila?
  • Matematik: Setiap terbayang Matematik, saya terbayang betapa gila dan susahnya pelajar lain mencabar Lee Man Ken. Selepas saya mengalahkan dia, ramai yang datang jumpa saya, tanya saya tentang Matematik. Saya suka sebab semakin ramai kenalan saya, tetapi saya susah sebab saya tiada masa untuk mengajar diri sendiri. Perkara itu berlaku sampai sekarang.
  • Anugerah Pelajar: Saya dapat anugerah ini, semasa 3 Bestari. Saya adalah pelajar terbaik Kemahiran Hidup (87), Matematik (95), Pejara Terbaik di Kelas 2 Usaha (no. 1) dan Pelajar Terbaik Tingkatan Dua (no.3). Saya kalah dengan Lee Man Ken (3 Pintar) dan Aima Syamimi (3 Tawakal) untuk Terbaik Tingkatan Dua, tetapi saya dan Man Ken adalah pelajar yang paling banyak mendapat anugerah masa itu.
  • Badan Khas: Walaupun saya berminat menjadi pengawas pada awalnya, tetapi faktor kawan sekitar meminta saya menjadi PRS membuat saya berani bergabung dengan PRS. Saya ingat bagaimana cikgu Noraslina meminta saya untuk menjadi PRS sesi petang selepas saya membaca doa perhimpunan, tetapi ditunda sebab semua badan khas baru telah dilantik. Maka, saya terpaksa menunggu hingga tahun hadapan.
  • Asrama Puteri: Pada mulanya, kawan-kawan 2 Usaha saya berkata bahawa kelas Tawakal untuk perempuan, dan kalau mencari pasangan, lebih baik dari sana. Saya belum terlintas untuk mencari pasangan pada masa itu. Selepas saya masuk ke 3 Bestari, pandangan saya terhadap Tawakal berubah apabila mereka menjadi saingan berat 3 Bestari. Entahlah, sampai saya ingat ketika Pn. nafiza Alini meminta kedudukan kelas 3 Bestari dan 3 Tawakal sebagai perbandingan.
  • Badminton: Itulah sukan pertama yang saya ceburi semasa di 3 Bestari. Perasaan untuk bermain itu muncul apabila kelas 3 Bestari dan 3 Pintar bermain bola sepak semasa PJ. Pada masa itu, saya dan beberapa pelajar yang kurang pandai bermain bola sepak bercadang untuk bermain badminton pada minggu hadapan. Itulah sejarah tertubuhnya pertandingan badminton sesama Bestari-Pintar.
  • Pertandingan Badminton: Selepas cadangan badminton, idea untuk mengadakan perlawanan badminton tercetus oleh saya. Idea ini disetujui oleh Fahmi Akmal, Mohd Syafiq dan Amirulhakeem (3 Bestari). Maka, terlaksanalah pertandingan ini dengan kami berempat menjadi peserta.
  • Wakil Sekolah: Saya menjadi wakil sekolah untuk Azan pada 3 bestari peringkat zon Bangsar. Seingat saya, saya dengan Zabri Zaini (3 Bestari) bertukar tempat, yang mana saya sepatutnya menjadi wakil Tilawah Al-Quran. percaturan itu tidak membuahkan hasil apabila kami semua kalah, kecuali Tilawah Al-Quran perempuan dan Syarahan perempuan.
  • Pingat: Saya ingat pingat perak pertama dan terakhir saya dapat semasa berada di SMKBTS, iaitu pingat lontar peluru kelas 2. Saya hanya tahu bagaimana melontar peluru dengan betul, tetapi lontaran saya kurang jauh. Semasa lontaran terakhir, saya melontar dengan baik, tetapi kaki saya mengenai penghadang. Dengan pantas saya tarik kaki saya, tetapi cikgu perasan. Saya mengatakan tidak mengena. Saya rasa, kalau saya lambat menarik kaki saya, mungkin saya tidak mendapat pingat perak, dan rumah Ungu tidak dapat merangkul semua pingat lontar peluru kelas 2.
  • Bola Sepak: Minat saya kepada bola sepak bermula apabila Piala Dunia 2006 bermula. Saya dan Fahmi Akmal yang sama-sama minat tetapi kurang pandai bermain bola sepak turut mengambil bahagian. Saya menyokong Perancis kerana Zinedine Zidane, sedangkan Fahmi menyokong England kerana david Beckham. Malangnya, England tersingkir di suku akhir dan Perancis menjadi naib juara.
  • Bola Baling: Pelajar 3 Bestari mengambil bahagian dalam kelab bola baling. Kerana jurulatih untuk skuad lelaki tiada, maka kami semua tidak tahu menahu bagaimana bermain bola baling dengan betul. Pada masa latihan, kami semua terpaksa belajar bermain dengan pelajar perempuan, dan kami mengadakan perlawanan persahabatan dengan mereka. Percubaan pertama berjaya apabila kami mengikat kedudukan 2-2. Saya mengambil peranan sebagai sayap kiri pada separuh masa pertama dan penjaga gol pada separuh masa kedua.
  • Percubaan PMR & PMR: Inilah kali pertama saya mengambil peperiksaan besar. Pada masa percubaan PMR, saya termasuk calon untuk mendapat 8A pada masa PMR, kerana saya adalah pelajar yang paling banyak mendapat A (5A) pada percubaan. Tetapi, saya hanya mendapat 7A pada masa PMR.
  • Ramalan: Setiap saya memikirkan sesuatu perkara, saya akan meramalkan apa yang akan terjadi, dan jarang di antara ramalan saya yang silap. Saya ingat bagaimana saya meramalkan siapa yang akan menjadi ketua dan penolong ketua badan khas tahun 2006 semasa saya di tahun 2006, dan ramalan saya tepat, kecuali ketua pengawas. Perkara ini saya sampaikan kepada penolong ketua pengawas 2008, Nur Afiqah.
  • Memasak: Semasa di 3 Bestari, guru kelas kami mencadangkan satu kompetisi memasak di antara pelajar lelaki dan perempuan. Saya berasa suka hati kerana bakat memasak saya disalurkan di hadapan kawan-kawan saya. Saya mahu memasak nasi goreng atau mi, tetapi Zabri telah mengambil bahagian. Maka, saya dengan Anas membuat roti sandwich telur. Tidak disangka ternyata sandwich itu mendapat sambutan.
  • 4 Bestari: Saya rasa, inilah kelas pembentukan jati diri. Gabungan daripada 3 Bestari sebagai majoriti, 3 Pintar, 3 Tawakal, 3 Jujur dan pelajar baru, kami saling mengenal antara satu sama lain. Selain itu, ada juga di antara kami yang terpaksa berpindah ke asrama penuh, MRSM, teknik atau pindah tak tentu hala. Yang jelas, saya mengenali subjek-subjek baru yang ada di antaranya menjadi lombong emas untuk mendapat nombor satu di kelas.
  • Kemenangan Untuk SMKBTS: Tahun kedua saya masuk MTQ selepas kecundang dalam acara Tilawah Al-Quran, saya masuk Syarahan Bahasa Melayu. Saya mendapat nombor giliran 1, tetapi sebab kontinjen kami lambat sampai ke Methodist Girl School, maka saya terpaksa menunggu sampai peserta terakhir. Mungkin ada hikmah kerana bertolak lambat, kerana boleh belajar daripada peserta sebelumnya. Siapa sangka, saya satu-satunya peserta lelaki dalam kontinjen yang meraih juara, selain Tilawah Al-Quran, Syarahan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk perempuan. Bahkan kami juga mendapat juara keseluruhan.

Jumaat, 21 November 2008

Aku Pasti Datang Menjemputmu......


huah, aku letih giler.......ntahlah....aku rse ni sindrom SPM yg nk meragut nyawa aku ni, huhuhu. apa2pun, ni 2nd week for SPM battle, aku mula suka coz tinggal 3 subjek jer lagi. abih jer yg last tu, apa lagi, makanlah kuih.
isnin (17/11), aku dtg ptg pkl 2 p.m, coz aku amik paper tasawwur Islam 2. ntahlah, sbab aku rse senang (aku bkn blagak yer.....) atau aku tpedaya dgn helah roy n aliff mse exam tu, aku kuar awal dgn dorg berdua. so, tinggal syaf jer kt bilik exam, ktrang tunggu gak tau. tu nmenyer semangat setia kawan, ya kan?
selasa (18/11), ni yg aku tunggu2. THE BATTLE OF THE CHAMPIONS. fuyoh, smpai uat capital letter lak tu, ni yg semangat!!! pingat tu dh sure, just tukar jer dgn emas. yg jlas, aku dh bgi tekanan kt sumer yg amik tu. aku kuar awal. tujuan aku tu utk prepare paper 2, coz aku klah dgn fareez mse paper 2. skali, tujuan aku tu btukar apabila aku nk tunjuk lagak kt dia & 'dia'. yg jlas, kesannya, aku trauma utk duduk di bilik exam lgi. smpai aku pengsan mse paper 2, ntahlah, coz bilik 1 tmpat ktrang xguna, so ktrang sumer pndah ke bilik 4, lpas gigih. aku dduk di bawah kipas, kelajuan 5, meja berselerak dgn alatan math. cmner aku x tension mse jwb? dhlah soalan no 1 tu aku jwb dlm mse 15 min, biasanya 10 min maksimum aku jwb. aku xleh, xnak n xyah igt lagi!!!
rabu (19/11), pendidikan Islam. prinsip aku, sbagai umat Islam, aku msti dpt A1. klau x, cmner kita leh menegakkan amar makruf nahi mungkar? (ustaz ariff bertazkirah ni....) so, aku letak ni cam skuasy gak lah......yg jlas, soalannya lawak, kelakar, keliru....ntahlah, xkan bgi tajwid suruh cari yg ada nun mati atau tanwim. bkankah (aku rse) bdak tadika Islam tau yg mne nun mati dgn tanwim?
khamis (20/11), chemistry. aku rse, ni yg btul2 mggugat examination aku. soalnya, subjek2 lain sebelumnya cam leh fikir logik jer. tpi chemistry ni, xleh cmtu. wlau aku dh try mse trial SPM, aku gagal rupanya. so, aku stdy gila2 kentang dri pkl 3 p.m smpai 9 p.m, duduk kt bilik, xder kuar, tgk TV atau dgr radio xder (kcuali dri pkl 6 p.m smpai 7.30 p.m). target aku 1 jer, nk dpt pingat utk chemistry. apa yg jdi? hahahahaha, aku ske....1st time aku uat dgn gembira (tpi aku uat apa yg aku tau hsil drpd kerja keras aku). sygnya, soalan paper 3 tu hmpir2 uat aku nangis giler. yelah, tnye latex. aku dh lupa, xbaca. fareez tu dh tau latex yg spot, xbgtau aku. dengkikah anda, encik fareez?
jumaat, 5 bestari (except athirah) cuti. athirah jer yg amik sains sukan kt klas ktrang, so dia kne dtg.....hehehe, good luck for you tau.
yg jlas, aku xsabar2 tgu isnin, selasa n khamis dpn. knapa? soalnya tu matchday ktrang yg trakhir. wlau EST tu xyah study jer aku rasa, tpi tu ttap last match. apa2pun, aku xsbar apa yg tuan puteri akan katakan kt aku. wlau aku dh mula xcayer kt dia, tpi aku ttap rsekan perasaan dia kt aku. aku mmg sama dgn dia, tpi aku hrus terima hakikat yg aku ttap bpegang jnji kt seseorang. bukankah menepati janji itu amanah? ya kan?
apa2pun, assalamualaikum, see yar!!!

Jumaat, 14 November 2008

Ils Sont Les Meilleurs, Sie Sind Die Besten, These Are The Champions


hello, fuh, akhirnya aku dpat gak update blog aku yg tcinta ni....hehehe, yelah SPM ini membunuhku, smpai aku xleh tdo mlam, pgi rse ngantuk giler, mse exam lak tdo...lantaklah. skang ni, aku nk (actually aku xtiru) smbung tradisi apa yg dtulis oleh fareez n lynn, iaitu SPM. sbnarnya aku nk tulis mse aku dh abih SPM, but it's okay klau awal ckit kan?
selasa (11/11), tu paper Bahasa Melayu 1 dgn Sejarah 1. yg BM ni, aku rse cam Memanah (pe lak yg aku mrepek ni?) because my target to get A1 is possible as our target to get gold medal from archery. tpi aku igt lgi, mmg paper lenguh gak ni, yelah, karangan bahan rangsangan tu psal punca2 pencemaran sungai, aku dh blur. but sejarah tu ok gak, yg ni aku tkejut coz soalannya sng sgt (ceh, blagak lah tu...). klau sejarah ni, aku rse cm Karate, coz byg2 utk dpt A1 tu insyaAllah lgi, klau x A2. ptg lak, BM 2, yg ni aku ske...dhlah ptg, pastu panas, pastu aku uat rumusan psal angkasa lepas, cerpen Di Sisi Rinda, prosa Peminangan Puteri Gunung Ledang, pantun lapan kerat dgn pndapat ttg bahagian awal novel itu menarik yg uat aku lenguh cm naik bukit..aku igt lgi, 2 minit lgi nk abih mse BM 2, aku bru siap. aku tgk gak fareez pn bru siap...aku rse mmg seksa klau utk esok, English cmni gak.
rabu (12/11), paper English 1 & 2 tu mmg aku surrender...coz aku rse hrpan aku nk dpat A2 pn agak ssah, so aku kte jer ni Olahraga. yelah, yg kuar short stories Sound Machine dgn poem If. novel lak ttg ending of the novel you have learnt, happy or sad ending. pe yg xgila aku ni? ptg tu lak lgilah uat aku lnguh + xder idea yg mcukupi. yg xpsal2 kuar, matlamat PBB, Perjuangan Dol Said dgn Mat Salleh, Sumbangan Mesir Purba, etc. nseb baik aku de igt, kcuali Mat Salleh tu. klau x, hncur bkeping impianku.
khamis (13/11), pingat emas dh de kt tgn aku (aku rselah, arap2 btul). knapa, coz Math 1 & 2 pd hri ni. yg ni aku kte (dgn fahmi skali) cam Skuasy. mslahnya, skuasy pnyer skuasy, de lak aku uat slack. ada ker probability tu smpai 7/6? tu dh lbih dprd 1. biarlah, tu bkan rezeki aku.
jumaat (14/11), sumer bdak klas aku (kcuali roy, syaf, aliff dgn mahmudah) rehat coz dorg xamik Tasawwur Islam. aku yg msuk k dwan tu xde bekalan mcukupi sbnarnya, tpi nseb baik aliff, roy, syaf n syed 5Y de bncang ckit2. so, aku dpt igt pe tu Rabbaniyah, Alamiyyah, Syumuliyyah, Waqi'iyyah(bkan Waqiah syaf, roy), Murabahah, Ijarah, Musyarakah, etc (sekadar myebut bbrapa istilah). aku rse, sbjek ni cm Wusyu mse Olimpik 2008, coz aku xde target apa2, just yg tbaik jer.
isnin ni lak, Tasawwur Islam 2 aku mse ptg. siap2 jer tgn aku lnguh. blum lgi selasa lpas tu, aku rse aku dh beri fareez, nizam n fahmi mse yg cukup utk klahkan aku. soalnya, dorg tu cam Lin Dan, Bao Chun Lai dgn Chen Jin utk mgalahkan Datuk Lee Chong Wei. that's mean, Add Maths ni sme gak dgn Badminton, sure A, but not sure to defeat others.*
oklah, aku nk rehat, oops, I mean study. smpai jmpe mse jumaat dpan lak yer. sblum tu, aku nk igtkan, A & W tu bmaksud Ariff & Wanita, bkannya org tu, ok? F & N tu lak Fahmi wal Nisa, mksudnya Fahmi & Wanita dlm bhs arab. so, bkan lak dia dgn PRS tu lak yer? xkan aku nk lpekan seseorang yg dh alu knal 1000 hari dgn seseorang yg aku knal 10 minggu? xleh kan?**
lgi 1, aku nk ttup dgn ayat2 dri lgu yg aku ske (cm lgu smangat gitu lor).....

"Die Meister, Die Besten, Les Grandes Equipes, The Champions"

apa2pun, assalamualaikum, see yar!!!

Footnotes:
*aku tahu kau baca blog aku fareez, jom kita berlawan secara sihat selasa ni.
**spe2 yg mkn cili, psti trase pdasnyer kan?