Isnin, 27 Oktober 2008

Mari Beraya, Ke Rumah Cikgu (part 2)

Bagaimana perasaan anda, apabila pergi beraya ke satu tempat yang memang jauh, dan anda tidak keseorangan untuk mencari tempat itu dengan memasuki tempat yang anda tidak sangka-sangka dengan berjalan kaki? Namun, itulah yang saya alami apabila saya bersama dengan Nizam dan Fareez pergi beraya ke rumah guru Biologi kami di Prima Saujana, Kajang. Itulah hakikatnya…

Kami bertiga berencana untuk beraya ke rumah guru Biologi kami, iaitu Puan Roshazita di Kajang. Selain kami bertiga, Aliff dan Syafiq juga ikut, tetapi Aliff membatalkan niatnya kerana kekurangan wang, dan di saat akhir Syafiq mengubah pelan apabila pergi beraya ke rumah Lynn. Saya lupa untuk memberitahu bahawa pada masa yang sama, Lynn juga mengadakan rumah terbukanya di Bukit Jalil, namun kami rasa, bacaan Yasin dan doa selamat adalah lebih mulia daripada duit raya.

Pukul 11.30am, saya telah sampai di stesen Tasik Selatan. Tidak lama selepas itu, Nizam datang. Kami hanya menunggu Fareez apabila Lee Man Ken(ex-student SMKBTS, our ex-classmate) terserempak dengan kami. Sementara menunggu Fareez, kami ‘terpaksa’ melayan kerenah Man Ken(although I did want to tell it). Akhirnya Fareez sampai, maka kami bertiga meninggalkan Man Ken bersendirian menunggu emaknya. Semasa membeli tiket komuter, saya berjumpa dengan bekas ketua pelajar, Che Ta Che Thalalta, dan dia mengirim salam kepada cikgu Biologi.

Pukul 12.00pm, kami menaiki komuter. Agak jauh juga perjalanan kami bertiga, memakan masa lebih kurang 25 minit perjalanan. Saya terfikir, kalau ayah dia tak menagmbil dia balik, letih juga dia ya… tepat pukul 12.23pm, kami telah memijakkan kaki kami di tanah Kajang. Keluar daripada stesen, seorang pemandu teksi menawarkan khidmatnya tetapi kami tolak dengan alas an jauh lagi, mahu jimat wang dan takut ditipu.
Kami terus berjalan melewat Jalan Bukit. Sampai di persimpangan, kami mengambil arah ke kanan Jalan Semenyih. Bermodalkan lakaran peta yang saya lukis, kami mencari alamat rumah cikgu. Kami sempat mencuri pemandangan dengan melihat suasana di Kajang. Selepas itu, kami ke arah kiri memasuki Jalan Sungai Jelok (if it is Jalan Sri Jelok, maybe and perhaps I am the man who are happiest among us). Hari sudah menunjukkan pukul 1.10pm, kami berasa risau apabila lebuhraya yang sepatutnya kami jumpai ternyata tidak tampak. Kami terpaksa menghubungi cikgu, ternyata nombornya tidak lagi digunakan. Dengan terpaksa, Fareez bertanyakan arah jalan ke Prima Saujana kepada perempuan pemilik kedia berbangsa Cina, ternyata dia seperti Husairi, memberikan jawapan seperti tidak puas hati. Apalagi, kami terpaksa merempuh jalan Sungai Jelok itu.

Pukul 1.30pm, Zuhur telah masuk. Saya ternampak menara masjid di hujung jalan, idea saya ialah solat Zuhur di sana, kemudian bertanya arah. Memang, itu masjid, tetapi yang membuat kami takut adalah masjid di dalam kawasan penjara Kajang. Ternyata, lebuhraya itu di atas pintu masuk penjara Kajang. Lebih baik, kami solat, kemudian bertanya kepada penjaga. Dia berkata bahawa tempat yang kami cari adalah 1 km dari penjara Kajang. Masih tidak puas hati, saya dengan terpaksa (I sacrificed myself to did something which I did not want) menghubungi rumah kawan saya. Nasib baik dia tak jawab, sekali ayah dia jawab!!! Ayah dia tanya siapa saya, saya jawab kawan dari sungai besi. Sambil itu, saya tanya arah ke Prima Saujana. Memang betul, agak jauh, 1km. tetapi berbanding dengan jarak yang kami tempuh (about 7 or 8 km), itu tak menjadi masalah.

Singkat cerita, kami sampai ke rumah cikgu pukul 2.20pm, memang letih, tetapi kami berasa puas. Itulah pengalaman yang tak dapat saya lupakan (not only me, but Nizam and Fareez also love it). Manakan tidak, perlu 2 jam untuk mencari satu tempat yang tak pernah jumpa. Pukul 4.15pm, kami bergerak pulang. Atas kemurahan hati adik ipar cikgu, beliau sudi menghantar kami ke stesen untuk mengelakkan kami berjalan jauh.
Kesimpulannya, carilah pengalaman untuk hidup, ok. Assalamualaikum, see ya!!!

Tiada ulasan: